LAMAN WEB SEBARAN KEADILAN

Suasana dalam negara semakin menakutkan. Kezaliman bermaharajalela, agama dipermainkan, sunnah dipersenda, murtad menjadi-jadi, ugutan & pertukaran tempat kerja dijadikan senjata, suasana takut, tidak berani menegur & ampuan menjadi norma. Pimpinan-pimpinan yang rendah moral, korup dan tidak berprinsip menjadi pilihan. Media menjadi alat propanganda, fitnah, memperbodohkan-bodohkan akal waras pembaca. Keadilan kehakiman & polis semakin diragui. Sesuatu perlu dilakukan segera!

Masa depan agama dan anak-cucu kita semakin tergugat sekarang. Sumbangan anda amat diperlukan. Biar sekecil manapun sumbangannya, ianya akan tetap besar di sisi Allah, insyaAllah.


Laman web ini bertujuan mengumpul bahan-bahan untuk disebarkan. Bahan-bahan mestilah dalam bentuk yang dapat mempengaruhi pembaca, menyenangkan pembacaan (tulisan besar, berilustrasi, point-form dll), ringkas dan menarik. Secara amnya, bahan tersebut dalam warna hitam putih, bersaiz A-4 dan berformat MS Word. Walau bagaimanapun untuk tujuan khusus format-format yang berlainan bolehlah dihantar. Hantarkan bahan kepada saya, penyebar@yahoo.com. Di bawah ini adalah panduan penyediaan bahan yang saya petik daripada internet.

Gear 4 Pilihanraya
Projek Mendapatkan Undi: Penyediaan Bahan Kempen

Sila ambil, print dan sebarkan (pengubahsuaian mungkin perlu dilakukan untuk menyesuaikan dengan keadaan setempat). Kalau boleh gunakan LASER printer untuk nampak lebih menarik. Semua kawasan pengundian perlu ada jentera untuk menyebarkan bahan seluas-luasnya. Semua bahan dalam format MS Word 97 (kecuali jika dinyatakan). Jika anda ada bahan, sila sumbangkan. Jika anda boleh perelokkan, sila cadangkan. Sumbangan anda dialu-alukan.


Senarai bahan:

24/11/1999 - Mana Buktinya???!!!
Fitnah terhadap Anwar telah dilakukan tetapi sehingga kini mereka tidak berjaya mengemukakan bukti yang dulunya dikatakan kukuh serta amat diyakini

24/11/1999 - Teknik-teknik Kotor BN
Perkara-perkaya yang BN mungkin lakukan untuk 'menjayakan' pilihanraya terkotor.

22/11/1999 - Kenapa Takut Pas-DAP?
ramai lagi yang masih mendapat gambaran bahawa DAP adalah chauvinis Cina yang akan mengambilalih Malaysia apabila berpeluang. Bahan ini bertujuan menenteramkan ketakutan sebahagian orang melayu dan seterusnya menyerang hubungan UMNO dengan parti lain.

22/11/1999 - Ketuanan Melayu
menunjukan ketuanan melayu tidak akan hilang dalam pakatan PAS-DAP (statistik kerusi yang dipertandingkan).

22/11/1999 - "Anwar diberi layanan istemewa"
kataka-kata PM mengenai Anwar dalam penjara dengan gambar mata lebam yang diperbesarkan.

22/11/1999 - Kezaliman yang nyata
sama seperti di atas kecuali tajuknya diubah dan logo undilah PAS digantikan dengan kata-kata lain.

22/11/1999 - Kesyukuran yang dipermainkan
gambar kartun mengenai pencapaian Malaysia dalam aktiviti yang tidak baik. Awas saiznya hampir 1 megs.

20/11/1999 - Adakah anda meredhai kezaliman - II
sama dengan sebelum ini kecuali gambar Anwar dibesarkan dan kata-kata diubahsuai.

18/11/1999 - Di antara pimpinan BA dan BN
Perbandingan dua gambar; Tuan Guru mendoakan kesyukuran cukur rambut bayi dan Mahathir sedang 'minum'.


18/11/1999 - Koleksi semua bahan sehingga 17/11/1999
Semua bahan-bahan sebelum ini dimampatkan (compressed). Download dan double-click akan memberi anda semua fail asal (tidak perlulah download satu demi satu). Saiznya 1.3MByte (boleh muat satu disket). Sila dapat dan sebarkannya. Ianya juga berguna untuk menguatkan hujah-hujah kita. Statistik yang dipermudahkan dengan lakaran dan penerangan yang baik, saya kira banyak gunanya untuk tujuan kempen. Selamat berjuang.

17/11/1999 - Adakah anda meredhai kezaliman?
Islam mengutuk keras kezaliman, Hud: 113. Dibentangkan ayat tersebut bersama gambar mata lebam.

17/11/1999 - Islam mengharamkan kezaliman
Menghuraikan pandangan Islam mengenai kezaliman

17/11/1999 - Di antara dua darjat
Gambar perbandingan antara mahligai dan pondok buruk rakyat.

17/11/1999 - Tuan Guru memenangi hati pendidik Cina
Menunjukan keratan akhbar Tuan Guru merasmikan satu function di Sekolah Aliran Cina dan kenyataan beliau tentang sikap orang Islam terhadap bangsa lain - elok untuk ditunjukkan/disebarkan kepada pengundi bukan melayu.

17/11/1999 - Jika BN Kalah, Siapakah terancam?
Hak ketuanan orang melayu akan terus kekal & BN akan terancam dengan segala pendedahan buruk mereka sebagaimana yang telah berlaku di Filiphina dan Indonesia.

16/11/1999 - Antara kemegahan BN dan nasib rakyat
Menyenaraikan projek-projek kemegahan kerajaan BN dan apakah yang rakyat dapat.

16/11/1999 - Islam mampu memerintah negara berbilang bangsa dan agama
Petikan kata dari Tuan guru Nik Aziz Nik Mat mengenai perkara tersebut.

16/11/1999 - Kita patut berterimakasih pada kerajaan?
Menerangkan bahawa kerajaanlah yang sepatutnya berterimakasih kepada rakyat.

16/11/1999 - Bahan-bahan dalam halaman Mahazalim
Terdapat beberapa bahan perang saraf yang menarik pada halaman tersebut, sila melawat dan dapatkan juga bahan-bahan dari sana.

15/11/1999 - Fakta 5: Ulama & profesional yang bersama BA, Kenali pemimpin UMNO yang rasuah
Menarik. Dalam format Acrobat/PDF

15/11/1999 - Fakta 4: Rakyat miskin & setinggan, hina melayu & orang lain sahaja yang bersalah
Menarik. Dalam format Acrobat/PDF

15/11/1999 - Fakta 3: Pembaziran, Tolak PM kerana melanggar agama dan undang-undang
Menarik. Dalam format Acrobat/PDF

15/11/1999 - Bila undi PAS, Cina akan memerintah!!!!
Menangkis dakwaan bahawa jika umat Islam/Melayu mengundi pas, orang Cina akan berjaya memerintah.

15/11/1999 - Perdana Menteri dari keturunan Cina bukan Islam
UMNO lebih teruk memberi kerusi kepada bukan melayu.

15/11/1999 - Bukankah Ini Satu Konspirasi Politik!!!
Beberapa fakta yang menunjukkan adanya konspirasi berserta gambar (dipetik dari laman MahazalimTwo).

14/11/1999 - Mengundi sama dengan memberi kesaksian
Pendapat Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengenai pemilihan calun rakyat dan kewajipan mengundi.

14/11/1999 - Fakta 1: Hina Islam, fakta murtad, Tanah Rizab Melayu & Projek membazir
Bahan yang menarik mengenai perkara di atas. Bahan ini dalam format Acrobat/PDF. Cuba ikhtiar untuk mencetak dan mengedarkannya.

14/11/1999 - Fakta 2: Skandal rasuah, perbandingan Kelantan Vs. negeri lain
Format Acrobat/PDF - juga amat menarik.

14/11/1999 - Adakah anda setuju pembaziran?
Gambar mahligai dan sedikit catatan pembaziran.

13/11/1999 - Dasar-dasar Islam BN
Menyenaraikan bagaimana BN sebenarnya menjatuhkan Islam (memperleceh, menghina, memperlekeh, mempersenda dan sebagainya).

11/11/1999 - Permainan Pengakuan Sumpah BN
Memasukkan gambar kartun Zunar mengenai pengakuan bersumpah Dato' Murad dan Mustakizah.

11/11/1999 - Mahathir tidak dapat menerima pesalahlaku seks menjadi PM
Menyenaraikan beberapa skandal seks dalam kerajaan BN.

1/11/1999 - Anda Bila Lagi?
Menyenaraikan tokoh-tokoh masyarakat yang telah menolak kezaliman dan penyelewengan kerajaan BN.

1/11/1999 - Jangan Biarkan Diri Anda Dilupakan?
Menyenaraikan isu-isu besar yang kerajaan BN tidak berjaya menanganinya.

14/11/1999 - Tanya orang BN: apa yang sudah mereka lakukan?
sama seperti di atas kecuali tajuknya ditukar dan sedikit perubahan remark